Thursday, 2 June 2016

AWAS! 'GARAM TERSEMBUNYI' DLM MAKANAN PENYEBAB DARAH TINGGI

"AWAS! 'GARAM TERSEMBUNYI' DLM MAKANAN PENYEBAB DARAH TINGGI"
Guna garam berlebihan dan tak terkawal dalam seharian tingkatkan tekanan darah dan potensi dapat penyakit darah tinggi. Burukkan lagi keadaan bila seseorang itu yang gemar rasa MASIN, gaya hidup sedentari ('kurang bergerak') serta dikelilingi dengan STRES.
Ini kerana, sebaik sahaja disahkan menghidap darah tinggi & jika tak terkawal, mereka berisiko diserang angin ahmar, seterusnya penyakit jantung dan tak mustahil boleh ganggu fungsi buah pinggang.
.................
KITA AMBIL TERLALU BYK GARAM TERMASUK GARAM TERSEMBUNYI!
Jangan lupa faktor garam tersembunyi (selain garam berlebihan) ialah
 Kicap
 Cencaluk
 Belacan
 Sos
 Serbuk perencah MSG (monosod.glutamate cth 'pak aji', jajan..)
 Makanan siap diproses (spt sosej, dalam tin)
 Ikan masin@benda yg di'keringkan'
Dah kurangkan guna garam, tapi kita lupa yang 'tersembunyi' ini yang tingkatkan semula kadar pengambilan garam & berlebihan.
Gemar makan di luar atau siap dimasak/'instant' juga pengaruhi kesihatan kita & halang pemakanan sihat
Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah 5 gram garam sehari
Di kalangan rakyat Malaysia, purata pengambilan garam 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi dari yg disarankan.
Untuk kawal tekanan darah,
Lakukan PEMERIKSAAN KESIHATAN secara rutin dan tekanan darah,
Amalkan makan BUAH- BUAHAN dan sayur-sayuran untuk seimbangkan diet pemakanan anda.
Semoga bermanfaat bg mereka yg ada darah tinggi dan kita semua yg berisiko menghidap darah tinggi!

No comments:

Post a Comment