Wednesday, 25 May 2016

"BUAT YOGURT GUNA HARALIME"

"BUAT YOGURT GUNA PATI LIMAU NIPIS HARA!"
Saya, Faizal pengusaha & co-founder Ninja Drinks. Ninja Drinks adalah produk minuman berkualiti tinggi berasaskan kopi, thai tea dan yogurt.
Alhamdulillah, hasil daripada perniagaan ini, pendapatan saya amat memuaskan ditambah dengan permintaan tinggi pelanggan yang tak putus-putus.
Antara yang digemari oleh pelanggan Ninja Drinks ialah yogurt drinks.
Untuk membuat yogurt drinks, kami perlukan perahan limau yang banyak untuk dapatkan rasa masam yogurt tersebut. Resepi yogurt ini juga adalah resepi asli yang dihasilkan oleh Ninja Drinks sendiri.
Yogurt ni baharu sahaja diperkenalkan. Ramai pelanggan suka dengan yogurt Ninja Drinks, buatkan kami tak menang tangan dan pada masa yang sama lebih banyak perahan yang kami perlukan dalam satu-satu masa.
Sehinggalah pada suatu hari, seorang pelanggan setia yogurt Ninja Drinks beritahu kami agar tukar ke produk 'ready made' dari negara jiran (agaknya, kesian tengok kami perah buah limau lama, customer jenuh menunggu). Sejak itu, kami mula buat 'try &test' banyak kali.. Tetapi kecewa sebab rasanya tak sedap seperti limau yang diperah sebelum ini.
Usaha kami tak berhenti setakat itu sahaja. Doa kami termakbul akhirnya. Setelah dipertemukan dengan produk Pati Limau Nipis jenama Hara, saya berasa betul-betul bersyukur! Apa taknya lepas saya cuba resepi yogurt Ninja Drinks dengan produk ini..Hasilnya menjadiii..sedapp..dan..mantapp..! Rasa ori macam perah limau yang asli. Sangat mudah dan ringkas..Pelanggan kami dah tak perlu berpeluh lama lagi di bawah panas terik untuk dapatkan 1 cup yogurt Ninja Drinks
Pesan saya, yang sudah lama berniaga minuman, catering, mahupun yang baru berjinak-jinak dalam bisnes f&b, tak salah untuk mencuba produk Pati Limau Nipis Hara, dijamin puas hati dan tingkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk halal dan selamat.
p/s - Nak rasa Ninja Drinks yang sedap ni, kunjungi gerai ini berdekatan bazar PKPS Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

No comments:

Post a Comment