"4 SEBAB KENAPA WANITA CEPAT LESU & KURANG BERSEMANGAT SETIAP HARI"
Biasanya badan cepat letih sebab kurangnya rehat.
Cuba bayangkan badan kita perlukan tenaga untuk jangka masa sekurang-kurangnya dari 40 hingga 50 tahun lamanya.
Ada 4 sebab wanita sukar nak kekalkan tenaga sepanjang hari :
1. Langsung tak bersenam
Sekarang bukan alasan untuk anda kata sibuk dan tiada masa
Melakukan aktiviti mudah seperti mengemop lantai, berkebun, membasuh kereta boleh dikatakan satu senaman untuk membakar kalori selain menguatkan otot dan tulang. Boleh lakukan senaman kardio untuk kuatkan jantung dan meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh seperti berjalan pantas.
2. Makan makanan segera
Aktiviti harian yang sibuk memerlukan perkara yang serba pantas. Sering makan fast food meningkatkan gula dan karbohidrat dalam badan dan badan akan cepat letih jika makan ia secara berlebihan
3. 'Skip' sarapan pagi
Sarapan pagi penting untuk dapatkan tenaga sebelum mulakan kerja seharian. Bila skip sarapan, badan bukan sahaja cepat letih bahkan menurunkan tahap metabolisma dan akhirnya menyumbang kenaikan berat badan mendadak
4. Bergantung kepada kafein sebagai pencetus tenaga
Kajian menunjukkan kerap minum kafein seperti kopi ( sehingga 3 gelas sehari) boleh menganggu kitaran tidur. Kesan sampingan kafein mendorong sel-sel badan kekal aktif untuk berjaga walau tiba waktu tidur
No comments:
Post a Comment