Sunday, 23 October 2016

ALAHAN DULU-DULU vs SEKARANG..

ALAHAN DULU-DULU vs SEKARANG..
Dulu saya alahan makanan laut.. Tanda-tandanya kulit cepat gatal, gatal telinga dan mata tapi selepas amalkan #detoks setiap hari , kini dah 3 tahun saya bebas untuk makan apa sahaja makanan laut (tapi masih berpada-pada la..)
.
.
Cuma kebelakangan ini (sebelum bulan puasa yang lalu) alahan saya dengan susu kambing. Jantung rasa berdegup kencang terutama pada waktu malam. Nak kata stres kerja tak juga..Saya berhenti minum 3 hari lepas tu bila saya dah mula suspek dan ia berlarutan hampir seminggu juga la..😅
Berhenti minum dan sambung semula selepas 2 minggu. Kesannya datang kembali..Adakah hidup saya tak lama?.. Saya banyakkan istighfar..Mungkin Dia nak uji..
.
.
Pergi mana-mana booth yang menawarkan tester minuman ini, saya minum.. dan malamnya jadi benda yang sama..Allahuakbar.. Niat kita baik (makin bertambah baik, inshaAllah..)..tapi..saya tahu Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik di sebalik apa yang kita tak tahu..
.
Lepas ni kalau ada yang minta dokumentasikan atau isikan ruang di bahagian alahan ada/tidak..Ada.. Dulu makanan laut..Sekarang..susu kambing..

No comments:

Post a Comment